Khamis, 15 Disember 2011

Assalamua'laikum.
Kolesterol dalam darah tinggi. Perkara yang semacam dah melekat menjadi perkara biasa di Malaysia. Perkara yang tak bagus ni, elok benar kita cari jalan mencegahnya. Memang tak dinafikan, makanan kat Malaysia ni semuanya sedap belaka. Dari makan pagi sampai malam, agak payah Atok nak pisah dengan makanan berminyak dan bersantan. Silap hari bulan, naik lagi tahap koleterol Atok. Apa cara semulajadi nak turunkan tahap kolesterol? Mudah ajer. Jom...

Petua keselamatan diri dan keluarga
"kelebihan ayat kursi" 
Cucu dah baca surakhabar hari ni? Belum? Cu jangan asyik baca suratkhabar tabloid saja. Sesekali baca juga akhbar yang lain, penting untuk tajamkan minda. Lagi banyak kita baca, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Kalau kita asyik dengan sesuatu, takut-takut kita tak sengaja 'menutup' ruang minda kita untuk berfikir lebih menyeluruh. Yerlah, Atok tak bebel dah. Uhuk uhuk.

Petua hilangkan hanyir ikan patin
"khasiat lemon hilang bau hanyir ikan patin"
Dah lama Atuk tak makan ikan patin. Kalau dulu, Atuk ada juga singgah kat mana-mana hentian sepanjang Lebuhraya Pantai Timur. Ada beberapa gerai yang jual lauk ikan patin. Memang kena dengan anak tekak Atuk. Sedap! Kadang-kadang, Nenek kat sebelah pun Atuk tak sempat jeling.

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats