Selasa, 19 November 2013

Petua Suami Isteri Hebat Di Bilik Tidur | Biilik Tidur Bukan Untuk Seks Sahaja!

Assalamua'laikum.

Petua Suami Isteri Hebat Di Bilik Tidur | Biilik Tidur Bukan Untuk Seks Sahaja! Mohon jangan salah faham dengan tajuk entri ini. 100% pasti ianya bukan kisah dalam kelambu. Apa yang penulis ingin kongsikan ialah soal perbezaan cara berfikir antara suami dan isteri di dalam bilik tidur. Mengikut kajian  John Gray, PhD dalam huraian bukunya, "Mars and Urenus In The Bedroom" menyebut ada perbezaan yang agak ketara ketika dalam bilik tidur. Suami biasanya lebih dominan berbanding isteri dalam soal keinginan melakukan hubungan kelamin/seks. 


download petua seks suami isteri hangat dalam 7 hari

Apa lagi yang boleh dibuat di bilik tidur selain seks?

Cukup panas soalan ni. Bagi suami, pantang nampak isteri pakai pakaian seksi, hanya satu dalam pemikirannya iaitu keinginan untuk berseksual yang pastinya keinginan akhirnya ialah hubungan kelamin. Iya benar, tak salah dan memang menjadi lumrah suami isteri untuk memenuhi tuntutan batin masing-masing. Tapi sedarkah ada masanya, isteri juga kepenatan selepas bekerja seharian dalam membantu kewangan rumahtangga. Mungkin isteri berfikiran tidak sampai kepada hubungan seks sebelum tidur, tapi tidak kepada suami. Fikirannya hanya satu iaitu hubungan kelamin tanpa memikirkan keinginan isteri. Bab ini mungkin ramai suami yang terlepas pandang atau tak faham atau buat-buat tak faham.

Inilah yang penulis cuba sampaikan iaitu 6 Teknik Menghangatkan Bilik Tidur Untuk Isteri;

Download Tips Hangatkan Hubungan Suami Isteri Dalam 7 Hari - KLIK SINI-

1. Bilik tidur sebagai ruang melepas tekanan - Ironinya, bilik tidur sememangnya menjadi tempat paling best untuk seorang isteri. Bilik tidur bagi seorang isteri bak hentian rehat. Tempat melepaskan tekanan dan tempat bersantai-santaian. Dapat berbaring di katil (empuk atau tak, itu cerita nombor 2) adalah satu nikmat tak terkira buat seorang isteri. Percayalah, ini memang dapat dilihat di wajah isteri yang sedang enak berehat di atas katil. (Petua untuk suami: Jadi, jika melihat isteri sedang enak berehat, janganlah potong line isteri. Biarkanlah isteri berehat puas-puas. Isteri cukup rehat, siapa yang untung? Suami juga, kan?)

2. Bilik tidur sebagai ruang komunikasi berkesan - Pantang rasanya kalau ada komunikasi kurang enak atau panas berlaku di ruang kamar. Ianya mampu membuatkan situasi ada yang kena tidur luar malam nanti. Biarlah ruang bilik tidur sentiasa dihiasi dengan kata-kata yang lemah lembut dan sedap didengari pasangan. (Petua untuk suami: Suami sebagai ketua kapal, janganlah asyik nak commanding ajer....kenalah pandai mengawal anak kapal dengan bicara lembut lagi menyenangkan hati isteri)

3. Bilik tidur tempat untuk belajar sifat terbuka - Jangan terlampau gelojoh dan tergesa-gesa. Bersifat terbuka dalam soal mencipta suasana yang intim lagi hangat pasti lebih menggembirakan pasangan suami isteri. (Petua untuk suami: Jangan suka memaksa sebaliknya bersifat terbuka.)

4. Bilik tidur tempat untuk belajar layan isteri macam puteri - Kalau puteri raja, makannya berhidang, tidurnya didendang. Lebih kurang macam itulah. (Petua untuk suami: Cuba satu malam, tawarkan urutan kaki untuk isteri. Jangan pulak mengharap ada balasan selepas sesi mengurut, bak kata orang tua-tua "ada udang di sebalik mee goreng.")

5. Bilik tidur sebagai tempat memberi perhatian kepada isteri - Berikanlah pujian kepada isteri bilamana isteri berwangi-wangian untuk suami. Bukan payah sangatpun, cakap jerlah "wangi sayang malam ni." Ayat seterusnya, pepandailah reka sendiri. Cubalah ajak bersembang perkara yang isteri suka. Yang isteri tak suka, jangan buat nakal nak tanya.

6. Bilik tidur tempat untuk belaian dan sentuhan manja - Jangan asyik fikirkan soal seksual saja. Isteri rasanya lebih bahagia dengan adanya sentuhan dan cumbuan mesra suami. Maksudnya, ada masanya isteri penat untuk sampai ke peringkat hubungan kelamin. Cukuplah sekadar ringan-ringan yang mampu melepaskan tekanan dan memberi keseronokan kepada isteri. Jangan fikir suami ajer, kena juga fikirkan kepenatan isteri. Barulah sama-sama seronok.

Ada lagi tips dan petua menarik di bilik tidur untuk pasangan suami isteri? Ada. Anda boleh baca ebook di bawah. Download laju-laju dan cubalah beramal. Moga rumahtaangga yang dibina bakal melahirkan zuriat yang soleh solehah.

"Download Tips Hangatkan Hubungan Suami Isteri Dalam 7 Hari" - KLIK SINI-

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat korang ye..

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats