Khamis, 15 Disember 2011

Petua hilangkan hanyir ikan patin

"khasiat lemon hilang bau hanyir ikan patin"
Dah lama Atuk tak makan ikan patin. Kalau dulu, Atuk ada juga singgah kat mana-mana hentian sepanjang Lebuhraya Pantai Timur. Ada beberapa gerai yang jual lauk ikan patin. Memang kena dengan anak tekak Atuk. Sedap! Kadang-kadang, Nenek kat sebelah pun Atuk tak sempat jeling.

Uhuk uhuk. Atuk cerita terus jerlah yer cu. Petua nak hilangkan hanyir ikan patin. Mudah ajer caranya.
  • Ambil lemon 2 biji dan perah.
  • Ambil ikan patin, perap dengan air perahan lemon tadi selama 5 minit.
  • Habis 5 minit, cepat-cepat basuh ikan tu macam biasa. Kenapa cepat? Nanti lambat, mestilah dah kurang segar dan kurang enak.
Mudah ajerkan Cu? Baiklah. Hingga ketemu lagi. Bye bye.
Atuk nak sambung baca Majalah Wanita, Nenek punya...

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat korang ye..

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats