Khamis, 15 Disember 2011

Petua tidur malam berkualiti ketika hamil

Uhuk uhuk. Lama  pulak Atok tak jentik keyboard ni. Kesian dia. Maaflah yer. Atok sibuk sikit dengan kedai baru Atok.
Baiklah. Bagi yang sedang hamil, Atok ucapkan tahniah. Bagi Atok, seorang wanita yang hamil lebih comel dan auranya memang cukup positif. Setuju tak dengan Atok? Sepanjang Atok dengan Nenek, baru dua kali Nenek hamil. Mungkin ada lagi lain kali. Sepanjang tempoh kehamilan, memang Atok perasan yang Nenek kadang-kadang sukar nak tidur malam. Kadang-kadang terkejut tengah malam. Kesian Atok tengok tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


petua untuk wanita isteri hamil tidur
Jadi, apa petua untuk tidur malam yang berkualiti? Jom sama-sama baca dengan Atok yer...
  1. Kurangkan minum kafein - Ada yang tak suka teh, kopi ataupun coklat. Payah nak pisah dengan senarai ni kan? Jadi, minum sekadar secawan sehari mungkin boleh diterima, tapi elakkan minum pada waktu lewat petang ataupun sebelum tidur. Ingat tu yer Cu.
  2. Elak makan makanan pedas & berat - Kalau boleh, Atok nasihatkan makan sebelum Maghrib ataupun sebelum Isya'. Elakkan makan makanan yang berat seperti nasi. Tomato yang kaya asid boleh sebabkan Cu yang hamil pedih ulu hati. Kalau nak makan juga, hadkan kuantiti. Nak lagi cantik, Atok sarankan makan buah-buahan
  3. Makan makanan ringan sebelum tidur - Gejala muntah di awal 3 bulan pertama memang biasakan? Jadi, Atok sarankan makan biskut kering, macam biskut bijirin. Kenyang dan sedap.
Baiklah. Itu saja untuk kali ni. Atok harap, cucu-cucu yang sedang hamil sentiasa jaga pemakanan dan jangan lupa makan asid folic yang doktor bekalkan tu. Ingat yer. Jaga diri yer. Bye bye....

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat korang ye..

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats