Rabu, 28 Disember 2011

Tips Hilangkan Parut

Tahu kan parut tu apa? Biasalah, kadang-kadang bila dah luka, lama-kelamaan luka tu baik dan terdapat kuping-kuping kering. Kuping tersebut kemudiannya akan tertanggal dan terhasillah parut. Kalau parut tu berada di dalam keadaan terlindung, ia bukanlah satu masalah kan, kecualilah cik abang geli menengoknya. Parut juga baisa terjadi pada ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jadi, bapa-bapa sekalian, silalah bertahan, kerana ianya bukti kasih sayang isteri terhadap anda dengan melahirkan seorang cahayamata yang comel, walaupun badannya 'cedera' sini sana.. Hehe..
Macama mana nak hilangkan kesan parut ni? Sebelum tu, semasa sebelumnya terjadi proses parut ni, terutamanya ibu-ibu yang sedang hamil, jangan garu kawasan yang biasanya akan gatal disebabkan regangan kulit. Sapu minyak bayi untuk mengurangkan kesan kegatalan. Parut sebegini boleh terjadi disebabkan proses garu-mengaru tu..
Selain itu, boleh cuba petua ini.
  • Kisar sebiji timun (timun sayur, bukan timun cina) bersama sebiji tomato sehingga hancur. 
  • Tapis airnya dan minum untuk menyejukkan badan. 
  • Hampas dari tapisan tadi boleh digunakan dengan cara menggosokkannya pada bahagian yang terdapat kesan parut. 
  • Amalkan seminggu sekali sehinggalah parut itu hilang. Insyaallah, dengan izinNya, akan hiilang parut tu. 
 Selamat mencuba ya...

4 komen

haffizmohdnoor 28 Disember 2011 pada 2:41 PTG

terima kasih diatas petua.. semua jenis parut boley ke hilang?

MiszMaryaNe 28 Disember 2011 pada 3:46 PTG

macam menarik ni,
cik nak cubala nt..=)

ada mokhtar 28 Disember 2011 pada 8:40 PTG

thanks for sharing ;)

fieza 30 Disember 2011 pada 11:57 PG

@haffizmohdnoor: de parut lain2 ek... insyaallah, lau diizinkan, leh je hilangnya.. selamat mcuba

@MiszMaryaNe: selamat mcuba ye.. nanti leh bgtau keberkesanannya.. kan?hehe

@ada mokhtar: sama2.. moga dapat manfaatnya..

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat korang ye..

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats