Cucu dah baca surakhabar hari ni? Belum? Cu jangan asyik baca suratkhabar tabloid saja. Sesekali baca juga akhbar yang lain, penting untuk tajamkan minda. Lagi banyak kita baca, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Kalau kita asyik dengan sesuatu, takut-takut kita tak sengaja 'menutup' ruang minda kita untuk berfikir lebih menyeluruh. Yerlah, Atok tak bebel dah. Uhuk uhuk.
Sekarang, macam-macam kes jenayah yang kita dengar. Malas Atok nak tulis. Habis dakwat keyboard Atok ni. Atok yakin, setiap yang berlaku, ada sebab musabbabnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun, Allah bekalkan kita dengan pelbagai macam bekalan untuk kita berlindung dari segala macam bahaya dan bencana. Jadi, Atok nak kongsi satu ayat yang memang cukup power kalau kita benar-benar beramal dan yakin.

Ayat al-Kursi namanya. Mesti cucu-cucu Atok tahu, tapi ramai yang lupa nak beramal termasuklah Atok sendiri. Uhuk uhuk. Apa kelebihan ayat al-Kursi?
- Jika dibaca setiap kali selepas solat, insyaAllah Allah pelihara kita hingga tiba waktu solat berikutnya.
- Allah akan pelihara diri kita, keluarga, kawasan rumah sekeliling dan juga harta benda kita.
- Jika diamal sebelum tidur, Allah akan hantar 2 Malaikat untuk jaga kita hingga waktu subuh.
- Jika kita baca bila keluar dari rumah, Allah akan hantar 70,000 Malaikat yang akan memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan untuk kita.
Itu baru empat. Ada lagi. Memang tak terkata banyaknya kelebihan ayat Kursi. Atok banyak juga tahu ayat, tapi kalau setakat tahu, tak beramal tak ada maknanya.
Baiklah Cu, Atok dah ngantuk. Nenek dah start baca ayat Kursi dah tu. Atuk kena bye-bye dulu. Bye...

Catat Ulasan
Tinggalkan pendapat korang ye..