Khamis, 15 Disember 2011

Petua tradisional turunkan kolesterol

Assalamua'laikum.
Kolesterol dalam darah tinggi. Perkara yang semacam dah melekat menjadi perkara biasa di Malaysia. Perkara yang tak bagus ni, elok benar kita cari jalan mencegahnya. Memang tak dinafikan, makanan kat Malaysia ni semuanya sedap belaka. Dari makan pagi sampai malam, agak payah Atok nak pisah dengan makanan berminyak dan bersantan. Silap hari bulan, naik lagi tahap koleterol Atok. Apa cara semulajadi nak turunkan tahap kolesterol? Mudah ajer. Jom...

Petua tradisional turunkan kadar kolesterol dalam darah.

cara tradisional turunkan paras kolesterol dalam darah
1. Kayu manis - Amalkan makan 1/2 sudu teh kulit kayu manis. Jangan lupa, kisarlah dulu. Kalau rasa gagah sangat, boleh kunyah saje batang kulit kayu manis tu...
2. Kekacang - Paling senang, makan kekacang kenari 1/3 cawan sehari. InsyaAllah, boleh kurangkan kolesterol jahat hingga 12%.
3. Buah & sayuran - Makan saja epal, anggur, bawang putih, kobispun ok. Tak perlu beli jus yang mahal buatan luar negara tu.

Selamat mencuba yer. Jus tu paling senang. Kisar dan minum. Buat ganti air manis yang selalu kita minum setiap malam tu yer.

Baiklah Cu. Atok nak bye-bye dulu. Petang-petang ni Atok nak p joging seround dua. Bye...

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat korang ye..

Ads 468x60px

Featured Posts

Kenapa?

Petua Terhangat!

Stats